Fokus acara akuatik, buru lebih banyak pingat emas SUKMA, seru Exco

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING

PAYA TERUBONG – Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berharap kontinjen Pulau Pinang mampu memberi lebih tumpuan terhadap acara akuatik, demi memburu lebih banyak pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) kelak.

“Acara akuatik meliputi renang, terjun, renang berirama, polo air mampu menyumbang sehingga 54 pingat dalam mana-mana temasya sukan.

“Justeru, adalah penting untuk Pulau Pinang kuasai acara ini (akuatik) sekiranya mahu menduduki top 3… jika tidak, kita (Pulau Pinang) hanya mampu sekadar berada di tangga lima hingga lapan sahaja,” katanya ketika melakukan lawatan ke 54th Penang Amateur Swimming Association (PASA) Speedo Age Group Swimming Championship dekat Kompleks Sukan Bandaraya, Relau di sini baru-baru ini.

SUKMA 2018 dijadualkan berlangsung di Perak pada September ini.

Hadir sama, Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Frederick Tan Teck An.

Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang memberitahu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini akan menambah lagi beberapa kompleks renang bertaraf olimpik kelak.

“Inisiatif projek-projek pemajuan sebegitu adalah demi menjadikan Pulau Pinang berdaya saing dalam sukan akuatik,’’ jelasnya.

Berucap pada majlis sama, Tung Seang berkata, bagi bahagian pulau, sebuah kompleks renang akan didirikan berdekatan pusat membeli-belah Queensbay Mall, dengan kerja-kerja akan dimulakan pada 2019.

Difahamkan, pada pertandingan tersebut, seramai 618 peserta mengambil bahagian dan pertandingan dibahagikan kepada enam kategori mengikut kategori umur iaitu lima tahun ke bawah sehingga 25 tahun.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives