Gelanggang bola keranjang Desa Mawar siap

Gambar: SHUM JIAN WEI

SEBERANG JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai memperuntukkan sejumlah RM3,000 bagi membaikpulih dan menaiktaraf gelanggang bola keranjang di Desa Mawar dekat sini baru-baru ini.

Hon Wai berkata, peruntukan tersebut termasuk kerja-kerja pemasangan dua tiang gol, jaring baharu dan membaiki lantai gelanggang tersebut.

“Saya harap dengan inisiatif ini, ia (gelanggang bola keranjang) dapat dimanfaatkan golongan belia di sini sama ada untuk bersukan, menjalani latihan atau pertandingan bola keranjang,” jelasnya pada sidang akhbar selepas majlis ringkas merasmikan gelanggang yang telah siap dibaikpulih di sini baru-baru ini.

Jun lalu, inisiatif sama turut diambil terhadap gelanggang bola keranjang berusia lebih 10 tahun di Desa Mawar di sini dengan kos pembaikan berjumlah RM4,700.

Malah, tahun lalu, Hon Wai turut memperuntukkan sejumlah peruntukan khas bagi menaiktaraf taman permainan dan fasiliti sukan di Jalan Cheeseman, Kampung Pisang, Jalan Shaik Madar dan Happy Valley dekat sini.