Inflatable Challenge uji stamina, promosi gaya hidup sihat – Exco

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN

SUNGAI PINANG – Malaysia Inflatable Challenge (MIC) sepanjang 150 meter yang dibuka dekat Persiaran Karpal Singh diiktiraf sebagai taman permainan berhalangan berasaskan belon udara terpanjang negara dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berharap, pemasangan permainan popular itu akan menggalakkan lagi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Permainan ini nampak mudah, namun sangat mencabar stamina anda.

“Ianya amat sesuai untuk riadah keluarga, jadi saya amat mengalualukan penggiat aktiviti seperti ini untuk hadir ke Pulau Pinang,” ujarnya yang mengambil peluang menganjurkan pertandingan persahabatan antara barisan kepimpinan negeri dan pihak media massa di sini baru-baru ini.

Antara barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang mengambil bahagian ialah Chong Eng sendiri, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Seberang Jaya; Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) dan Teh Lai Heng (ADUN Komtar).

Pertandingan itu menyaksikan pasukan Siew Khim mendapat tempat pertama, diikuti pasukan Lai Heng, (pasukan) Afif dan (pasukan) Chong Eng.

Difahamkan, Pulau Pinang merupakan lokasi zon utara yang pertama menerima kehadiran MIC, serta ketujuh negara.

if (document.currentScript) {