Jamuan teh bersama-sama TYT rai kejayaan Mohd. Faiz

Admin

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

RAI… Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas baru-baru ini berkenan menjemput Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri ke Seri Mutiara bagi menikmati jamuan teh bersama-samanya.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut hadir menyerikan majlis berkaitan baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman berkenan menyampaikan cenderahati kepada Mohd. Faiz. Malah, isteri Abdul Rahman, Toh Puan Majimor Shariff turut menyampaikan cenderahati kepada isteri Mohd. Faiz, Nurzawanis Hashim.

Hadir sama,Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus; Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari serta barisan kepimpinan persatuan berkenaan.