Kelas pengekodan babit 30 pelajar KADUN Datuk Keramat sebagai pendedahan awal

DATUK KERAMAT – Seramai 30 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat menyertai kelas percubaan di bawah Program Pembelajaran Digital, ‘Kids Can Code’ di Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, kelas percubaan pengekodan tersebut akan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah.

“Saya tidak mahu pelajarpelajar kita ketinggalan jauh di belakang memandangkan kini negara menuju ke arah Revolusi Industri 4.0.

“(Dan) pendedahan mengenai pengekodan serta pengaturcaraan komputer ini sangat penting dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar,’’ katanya pada majlis berkaitan.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), S. Bharati dan Pengarah Eksekutif Telebort Technologies Sdn. Bhd. (Telebort), Kee Chong Wei. Jagdeep dalam pada itu berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penumpuan ditingkatkan mengikut tahap pemahaman pelajar.

“(Kelas) ini hanya kelas permulaan untuk pelajar berumur antara tujuh hingga 15 tahun, dan sekiranya mereka berminat untuk menyertai kelas lanjutan, difahamkan turut disediakan dengan bayaran yang minimum setiap bulan,” ujarnya yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan.

Program ‘Kids Can Code’ merupakan program secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan merupakan kolaborasi antara CMI dan Telebort.

Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.telebort.com.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives