Kumpul minyak masak terpakai, jana pendapatan sampingan

BAGAN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan Kempen Mengumpul Minyak Masak Terpakai di Pangsapuri Sri Mekar 1, dekat Mak Mandin di sini.

Menurut Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, antara objektif utama kempen tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai, khususnya penduduk setempat menjana pendapatan sampingan.

Hal ini, katanya, setiap kilogram (kg) minyak masak terpakai yang disumbangkan melalui kempen berkaitan, RM1 akan diberikan kepada penyumbang.

“Lagipun, adalah amat bahaya untuk kesihatan manusia sekiranya minyak masak terpakai digunakan secara berulang kali.

“Justeru, kempen ini merupakan inisiatif yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan serta menjaga kesihatan, malah juga bagi memelihara alam sekitar.

“Apabila minyak masak ini dikumpulkan, ia akan dijualkan kepada syarikat biodiesel atau dijadikan sabun yang juga boleh membantu komuniti menjana pendapatan,” katanya yang juga Pengerusi Penang Green Council (PGC) iaitu sebuah pertubuhan kerajaan bukan laba yang melaksanakan inisiatif hijau di negeri ini.

Hadir sama, Setiausaha MPSP, Ir. Rosnani Mahmod.

Mengulas lanjut, Boon Poh memberitahu, kempen tersebut turut diperluaskan di Pangsapuri Tanjung Indah, Taman Bagan Lalang dan Pasar Awam Taman Selamat.

“Saya harap dengan berjalannya kempen ini, ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang akibat
minyak masak terpakai yang dibuang ke dalam sinki di sesebuah kawasan perumahan,” jelasnya.

Pada majlis sama, MPSP turut mengagihkan bekas mengumpul minyak masak terpakai kepada para penduduk di pangsapuri berkaitan.


Cateogry: Hangat

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives