Pasukan Sukan Lasak MBPP tawan puncak Gunung Baling

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

KEKAL CERGAS… Kejayaan menawan puncak Gunung Baling oleh 55 ahli Pasukan Sukan Lasak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini membuktikan bahawa cabaran bukanlah halangan untuk kekal cergas, sebaliknya memberi kenangan dan kepuasan berbeza berbanding tugasan harian sebagai penjawat awam.

Penganjur Sukan Lasak MBPP, Shalehudin Hashim berkata, walaupun mengakui bahawa aktiviti mendaki merupakan sesuatu yang mencabar, namun ia bukanlah satu alasan untuk 55 ahli daripada pelbagai peringkat kakitangan MBPP menjalankan aktiviti sukan lasak tersebut.

“Alhamdulillah, pendakian mengambil masa dua jam melalui laluan tanah merah, hutan dan batu kapur,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Bahagian Keselamatan MBPP.

Pendakian diketuai oleh Setiausaha Bandaraya, Ar. Yew Tung Seang. Tahun lalu, pasukan berkaitan turut menganjurkan pendakian ke Bukit Bendera yang disertai seramai 88 kakitangan.