Pengusaha bas kilang disaran sewa tapak khas elak tindakan undang-undang

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

PAYA TERUBONG – Para pengusaha bas digesa supaya segera berhubung dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi mendapatkan tapak khas yang telah disediakan untuk memarkir bas masing-masing selepas waktu operasi.

Seruan tersebut dibuat Jurutera Kanan Lalulintas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ir. Zainuddin Mohamad Shariff ketika mengadakan operasi bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar lokasi panas dekat Relau dan Sungai Ara di sini baru-baru ini.

Menurut Zainuddin, pihak PDC kini menyediakan dua lokasi khas sekitar Batu Maung untuk kemudahan tersebut yang akan disewakan kepada pengusaha-pengusaha berminat.

“Satu di sebelah tanah lapang berhampiran kilang NI Semiconductor dan satu lagi berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua).

“Saya difahamkan, setiap kawasan tersebut mampu memuatkan kira-kira 100 bas kilang pada satu-satu masa.

“Selain itu, jika perlu, mereka (pengusaha) juga boleh memilih alternatif untuk menyewa tanah milikan persendirian bagi meletakkan bas masing-masing,” ujar beliau.

Hadir sama, Timbalan Penguatkuasa SPAD, Ismail Munajat dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan JPJ, Fazli Mohd. Yassin.

Pada operasi berkenaan, sebanyak 31 saman termasuk empat notis dikeluarkan oleh pihak berkuasa terlibat atas kesalahan melakukan halangan lalu lintas.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives