Perhebat platform sains matematik harungi cabaran Revolusi Industri 4.0

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : SHUM JIAN-WEI

SERI DELIMA – Bagi mendepani gelombang Revolusi Industri 4.0, generasi yang bakal dilahirkan mesti berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi dalam menempuh cabaran teknologi yang semakin kompleks.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah platform untuk membentuk generasi yang menguasai empat teras berkenaan.

“Ia menghubungkan pelajar dengan setiap cabaran dalam Industri 4.0 terutamanya subjek matematik.

“Minat dan kesungguhan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk secara konsisten bagi mendorong penguasaan displin ilmu yang lebih baik.

“Justeru, PMP (Penang Math Platform) ditubuh dan merupakan pusat pertama seumpamanya di negeri ini yang mana agenda dan programnya merangkumi semua peringkat keperluan, dari pelajar pra-sekolah menjadi profesional dan pakar dalam bidang sains matematik,” ujarnya pada Majlis Perasmian PMP dekat Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, R.S.N. Rayer (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Seri Delima), Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru).

Selain menawarkan akses sama kepada kepakaran dan sumber, kemudahan PMP dekat KSPLC di Gelugor juga menempatkan makmal pengajian pada skala besar dengan kemudahan Wi-Fi percuma kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu bahawa organisasi STEM di Pulau Pinang seperti PSDC (Penang Skills Development Centre), PSC (Penang Science Cluster), PMP, TDP (Tech Dome Penang), PDL (Penang Digital Library) dan @CAT

Penang membantu menyediakan generasi masa depan bagi mendepani Industri 4.0 ini.

“Pusat – pusat ini adalah bagi mempromosikan minat lebih mendalam terhadap matematik yang akan meningkatkan daya saing di dalam STEM.

“Kerana… menurut satu kajian yang dilakukan oleh TIMSS (Trend dalam Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa) serta PISA (Program Pelajar – pelajar Antarabangsa) mendapati bahawa pelajar kita yang berusia 15 tahun begitu ketinggalan dalam pencapaian sains dan matematik berbanding dengan negara ekonomi Asia lain seperti Singapura dan Jepun, malah lebih rendah daripada pelajar di Thailand dan Vietnam,” jelasnya.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives