Power Integrations labur RM33 juta, jadikan Pulau Pinang hab rantaian bekalan Asia

BAYAN LEPAS – Pelaburan RM33 juta Power Integrations dalam tempoh lima tahun di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pengurusan rantaian bekalan untuk rantau Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, beliau berharap lebih banyak lagi syarikat multinasional
lain turut memilih negeri ini sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.

“Pulau Pinang benar-benar adalah destinasi pilihan syarikat pelaburan sebagaimana hasrat Power Integrations (melabur) untuk penyelidikan kejuruteraan, reka bentuk dan pembangunan pasaran untuk rantau Asia Tenggara,” jelasnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Pembukaan Kilang Power Intergrations di sini 3 Oktober lalu.

Turut berucap, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Power Integrations, B. Balu dan CEO investPenang (iP), Dato’ Loo Lee Lian.

Menurut Guan Eng, dalam tempoh empat dekad ini, begitu banyak syarikat multinasional dari Amerika Syarikat seperti Power Integrations melabur di Pulau Pinang, antaranya Broadcom, Boston Scientific, UST Global, Intel, Jabil, Motorola, Sandisk, Hewlett Packard (HP), Haemonetics dan sebagainya.

“Dalam tempoh tahun 2008 hingga 2016 sahaja, direkodkan lebih RM59 bilion pelaburan ke negeri ini, RM14 bilion atau 24 peratus
daripadanya adalah pelabur Amerika Syarikat, sekaligus menjadikan negara itu adalah pelabur langsung asing (FDI) paling besar yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Pulau Pinang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Justeru tambah Guan Eng, pentadbirannya akan terus membangunkan potensi negeri berasaskan 3T atau ‘Talent, Technology & Tolerance’, demi memastikan Pulau Pinang terus dikenali sebagai destinasi pelaburan paling diminati di tanah air ini.


Leave a Reply



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives