Exco, Jump Street rai anak-anak istimewa

Gambar : SHUM JIAN-WEI

UNIK.. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 baru-baru ini, seramai 41 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Ramakrishna Ashrama dibawa khas untuk merasai keseronokan melompat trampolin di Jump Street Trampoline Park di sini.

Selain untuk keseronokan, inisiatif khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo tersebut juga adalah didorong oleh faktor-faktor kecergasan dan demi kesihatan kumpulan kanak-kanak berkaitan khususnya.

Katanya, walaupun trampolin tidak begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia, ia bagaimanapun merupakan aktiviti kecergasan yang bukan sahaja mengeluarkan peluh, malah juga membakar kalori.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Jump Street Asia, Mike McCreadie yang turut hadir menyatakan bahawa, difahamkan bagi setiap 10 minit lompatan trampolin, ia adalah bersamaan dengan aktiviti larian selama 30 minit.

Terdapat kira-kira lapan gelanggang trampolin disediakan di Jump Street Trampoline Park khas untuk pengunjung melakukan pelbagai aktiviti lompatan bebas.