Pusat Sumber Alam Sekitar, YDP seru lebih ramai ikut jejak langkah

BUKIT TAMBUN – Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Sr. Rozali Mohamud memuji langkah diambil penduduk Taman Tambun Jaya dalam menjadikan kitar semula sebagai satu amalan harian.

Menurut beliau, sikap keterbukaan 130 penduduk di sini dalam menyahut saranan MPSP untuk menubuhkan pusat sumber alam sekitar merupakan satu langkah permulaan yang baik.

“Seperti semua sedia maklum, kitar semula merupakan elemen penting kerana semakin kurang sampah yang akan dihasilkan, maka semakin panjang jangka hayat tapak pelupusan sampah sedia ada di Pulau Burong.

“(Dan) dengan penubuhan pusat sumber alam sekitar ini, ia dapat membentuk sebuah komuniti yang lestari sejajar dengan hasrat MPSP ke arah Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2022,” ucapnya pada Majlis Perasmian Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Tambun Jaya di sini barubaru ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun merangkap Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Law Choo Kiang. Turut sama, beberapa Ahli Majlis bagi MPSP antaranya, Dr. Seow Kweng Tian, H’ng Mooi Lye dan Heng Yeh Shiuan serta Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Tambun Jaya, Tan You Gee.

Mengulas lanjut, Rozali percaya bahawa kerjasama dalam kalangan komuniti setempat berhubung inisiatif kitar semula adalah amat penting kerana dapat membantu MPSP terutamanya dalam aspek penjagaan persekitaran.

“MPSP amat berbesar hati sekiranya lebih ramai komuniti di kawasan perkampungan atau taman perumahan di Seberang Perai dapat mengikut jejak langkah penduduk di taman ini dengan mewujudkan pusat sumber alam sekitar.

“Diharapkan dengan penubuhan pusat sumber ini, ia dapat meningkatkan aktiviti kitar semula seperti pengumpulan barangan kitar semula, pengumpulan minyak masak terpakai dan pengumpulan sisa organik untuk pengkomposan,” ujarnya.


Kategori: Bahasa Malaysia, Hijau

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives