Ride For Compassion, berkayuh sambil beramal

PADANG LALANG – Seramai 531 peserta mengambil bahagian dalam acara kayuhan amal, Ride For Compassion Cyclothon anjuran KT Cyclone Sdn. Bhd. (KT Cyclone) dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan terpilih.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng semasa hadir pada upacara pelepasan peserta berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh usaha sebegini bagi membantu mereka yang serba kekurangan.

“Lebih-lebih lagi kayuhan amal ini adalah bersandarkan kasih-sayang bagi memenuhi tiga keperluan utama manusia iaitu makanan, tempat berteduh dan pakaian, malah secara peribadi saya ingin menambah lagi satu keperluan yang penting dalam kehidupan kini iaitu perubatan.

“Adalah amat menyedihkan kerana pada masa kini masih terdapat mereka yang kelaparan serta tiada tempat berteduh,
dan seterusnya dipinggirkan masyarakat,” katanya di perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif KT Cyclone, Maverick Choo.

KT Cyclone merupakan syarikat menjual basikal, peralatan serta kelengkapan ia.

Mengulas lanjut, Chong Eng memberitahu bahawa beliau dan para peserta serta ahli jawatankuasa penganjur berdiri di atas platform sama untuk membantu golongan serba kekurangan dengan mewujudkan kesedaran perlu.

Pada acara tersebut, Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang turut menyampaikan sumbangan RM1,500 daripada Kerajaan Negeri kepada pihak penganjur.

Difahamkan, yuran pendaftaran bagi acara kayuhan 25 kilometer dan 32 kilometer itu turut disalurkan terus kepada dana badan-badan kebajikan terpilih.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);