Teruskan tradisi, ADUN Pantai Jerejak edar limau sempena Tahun Baru Cina

TRADISI…. Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak mengedarkan hampir 50 kotak limau mandarin kepada para pengunjung dan peniaga dekat Pasar Awam Bayan Baru di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, program mengedar buah limau tersebut sudah menjadi tradisi setiap tahun menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam pada itu, mengambil contoh ‘tahun anjing’ iaitu haiwan yang bersifat setia kepada tuan yang menjaganya, Mohd. Rashid yang juga Timbalan Ketua Menteri I berharap tahun ini akan membawa lebih kemakmuran, dan rakyat akan kekal setia bersama Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang pada pilihan raya kelak.

“Kita harap rakyat bijak menilai apa yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dan pemimpin di kawasan masing-masing selama diberikan mandat,” ujarnya.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives