Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ADUN Penanti rai golongan terpilih

MERAIKAN… Seramai 300 penduduk diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat di sini baru-baru ini.

ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin berkata , objektif penganjuran majlis itu adalah sebagai menggantikan program ziarah dari rumah ke rumah yang dilaksanakan sejak tahun 2014.

“Sejak tahun 2014 kita laksanakan program ziarah dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti rakyat kurang mampu yang memerlukan bantuan.

“Diharap dengan sumbangan ini, ia sedikit-sebanyak membawa keceriaan kepada para penerima,’’ ujarnya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Penanti dekat Jalan Tanah Liat, Kubang Semang.

Selain menerima angpau dan hamper berupakan makanan keperluan, mereka yang diraikan turut dihiburkan dengan pertunjukan tarian singa oleh Persatuan Tarian Singa Jong Hwa, Bukit Mertajam dan persembahan tulisan kaligrafi Cina.