Tiada berita pemberhentian pekerja kilang – TKMI

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, pihaknya langsung tidak mempunyai informasi mengenai pemberhentian pekerja-pekerja kilang, sungguhpun tahu mengenai pelbagai spekulasi awam yang menggambarkan syarikatsyarikat multinasional serta berkaitan Elektronik & Elektrik (E&E) mulai meninggalkan Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri secara pentadbiran bersedia untuk membantu sekiranya terdapat pekerja yang diberhentikan susulan beberapa industri terbabit melakukan penstrukturan semula operasi syarikat dari antarabangsa di negeri ini.

“Pada musim ekonomi ‘suram’ ini, syarikat-syarikat tertentu boleh mempertimbang untuk meninggalkan (Pulau Pinang)…tetapi terdapat banyak lagi syarikat melabur (ke negeri ini).

“Sehingga kini, tiada berita rasmi mengenai pemberhentian (pekerja-pekerja kilang),” jelasnya yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, terdapat kirakira 20 syarikat lain masih mencari tenaga kerja di negeri ini.

“Setakat ini, saya mempunyai kira-kira 20 syarikat masih mencari orang,” jelas beliau semasa diminta mengulas mengenai satu laporan yang menyebut beberapa syarikat pelabur besar meninggalkan negeri ini. Menurut Mohd. Rashid, Pulau Pinang telah belajar dari penggulungan industri US Applied Magnetics Corporation, yang menyaksikan lebih 2,000 pekerja diberhentikan, 15 tahun lalu.

“Sememangnya, kerajaan perlu campur tangan, dari segi membantu pekerja yang diberhentikan.

“Kami (Kerajaan Negeri) akan membantu mereka sepadan kemahiran mereka untuk banyak syarikat berteknologi tinggi yang lain di negeri ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak.

Terdahulu, Business Times melaporkan syarikat pembuat sistem automotif, Blaunpunkt GmbH akan menutup operasi anak syarikatnya, Blaupunkt Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di negeri ini.

Syarikat itu dikatakan telah meletakkan iklan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyatakan rancangan untuk menggulung itu.

Gergasi teknologi Amerika, Motorola Solutions dan Advanced Micro Devices masing-masing turut dilaporkan mengumumkan penstrukturan semula operasi industri masing-masing di Pulau Pinang sama ada penggabungan atau pengambilalihan.

Pun begitu, kedua-dua syarikat berkenaan dilaporkan memberitahu bahawa tidak akan melaksanakan pemberhentian pekerja di negeri ini.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);