Trak kendara saji, keperluan permohonan lesen mulai Mac

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan keperluan permohonan lesen bagi trak bergerak meliputi trak makanan, barangan dan perkhidmatan mulai Mac 2018.

Perkhidmatan trak kendara saji (food truck) yang dilihat semakin sinonim dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat akan diteliti bagi mewujudkan garis panduan baharu sebelum dilaksanakan nanti.

Ahli Majlis MBPP, Ong Ah Teong berkata, untuk tujuan (garis panduan) tersebut, MBPP telah menjalankan beberapa program perbincangan awam, antaranya bersamasama Persatuan Trak Kendera Saji dan pelancong bagi mendapatkan maklum balas pelbagai pihak.

“Hasil daripada bancian yang diadakan, lebih daripada 50 peratus responden menerima baik dan mahukan trak kendera saji diperkenalkan di Pulau Pinang dalam membantu perkembangan ekonomi serta pelancongan negeri,” jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBPP.

Turut serta pada sidang media berkaitan, Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang; Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd. Razali serta Ahli-ahli Majlis MBPP.

Mengulas lanjut, Ah Teong menjelaskan bahawa pihaknya hanya akan berurusan dengan Persatuan Trak Kendera Saji sahaja bagi tujuan permohonan lesen dan bukan melalui individu perseorangan.

“Bagi mereka yang berminat menjalankan perniagaan sebegini, mereka perlu berurusan dengan persatuan dan pihak berkaitan (persatuan) akan berurusan dengan kita (MBPP) bagi permohonan lesen.

“MBPP juga bersifat terbuka mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada trak kendera saji berkelompok agar cadangan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Malah, mereka boleh juga mencadangkan kawasan yang difikirkan sesuai untuk aktiviti perniagaan ini,” jelasnya.


Cateogry: PBT

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives