UPSP urus sisa pepejal secara kondusif

Oleh : WATAWA NATA F ZULKIFLI

BAYAN BARU – Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Julai lalu telah menubuhkan Unit Pengurusan Sisa Pepejal (UPSP) bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal negeri lebih kondusif.

Jelasnya, penubuhan unit tersebut adalah ekoran penarikkan balik pengimplementasian Akta Sisa Pepejal 2007 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di negeri ini yang memohon pengecualian berhubung perkara berkaitan.

“Dengan pengecualian tersebut, pengurusan sisa pepejal Pulau Pinang akan diuruskan PBT dengan kerjasama bersama-sama pihak swasta,’’ katanya pada Program Kitar Semula Komputer Terpakai di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran berkenaan, para pengguna boleh mengitar barang elektronik masing-masing bagi mengelak kesan bahan kimia aktif seperti merkuri bebas terhadap kesihatan.

Tiga penyumbang barangan terpakai utama menerima baucar membeli-belah bernilai RM150, RM100 dan RM50.

Turut diadakan adalah cabutan bertuah syiling emas bernilai RM2,000. Tambah Kon Yeow, keahlian UPSP adalah terdiri daripada pakar-pakar seperti jurutera, pekerja mahir dan pekerja-pekerja biasa.