100 pelajar B40 DUN Batu Maung terima pinjaman komputer riba

BATU MAUNG – Kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung bersama OHM Group Charity Division memastikan 100 pelajar sekolah menengah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kawasan tersebut dapat meminjam komputer riba untuk pembelajaran.

 

 

Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain, pengagihan secara pinjaman tersebut diutamakan kepada keluarga kategori B40 sekitar DUN Batu Maung.

 

 

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada OHM Group yang telah menyampaikan sumbangan ini sebagai satu tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi kumpulannya.

 

 

“Sumbangan ini amat bermakna sekali kerana saya bersama pasukan saya mendapati bahawa ramai pelajar di kalangan B40 tidak dapat mengikuti PdPR (Pengajaran dan Pembelajaan di Rumah) berikutan keluarga mereka tidak mampu untuk membeli kemudahan ini.

 

 

“Pendidikan adalah hak semua dan perkara ini diperakui di peringkat antarabangsa, seharusnya tidak ada pelajar yang akan ketinggalan ekoran masalah seperti ini,” ujar Abdul Halim ketika berucap pada Majlis Sumbangan Komputer Riba Kepada Pelajar Sekolah & IPT Menengah bagi DUN Batu Maung baru-baru ini.

 

 

Hadir sama, Pengasas OHM Group Charity Division, Datin Ooi Seok Eng.

 

 

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Halim memaklumkan kerjasama bersama pihak swasta baru-baru ini turut berjaya menyumbangkan tiga bulan data percuma untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan.

 

 

Abdu Halim yang juga ADUN Batu Maung dalam pada itu menggesa Menteri Kewangan agar mempercepatkan proses pemberian komputer riba percuma kepada pelajar B40 seperti terkandung dalam Belanjawan 2021.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN