48 masjid dan surau KADUN Pinang Tunggal terima sumbangan Ihya Ramadan

Admin

PINANG TUNGGAL – Sebanyak 48 buah masjid dan surau dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pinang Tunggal menerima sumbangan Ihya Ramadan tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata sumbangan itu diberikan bagi membolehkan masjid dan surau menganjurkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menyerahkan sumbangan ihya Ramada kepada salah seorang pentadbir masjid di KADUN Pinang Tunggal.

Beliau berkata, sumbangan tersebut membabitkan peruntukan khas ADUN berjumlah RM48,000 yang mana setiap masjid dan surau masing-masing menerima RM1,000.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat membantu mengimarahkan lagi masjid dan surau di KADUN Pinang Tunggal sepanjang Ramadan ini.

“Kita berikan sumbangan ini setiap tahun kecuali pada tahun 2020 dan 2021 kerana berlaku penularan COVID-19 yang menyebabkan aktiviti di masjid tidak dapat dilakukan,

“Jadi pada tahun ini kita berikan semula peruntukan ini selaras dengan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan Masjid dan Surau DUN Pinang Tunggal dekat Masjid Lahar Tiang di sini pada 2 April lalu.

Turut hadir, Pegawai Daerah bagi Daerah Seberang Perai Utara, Zulkifli Rashid; Ketua Pegawai PolisIbu Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd. Radzi Ahmad serta Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Ustaz Abu Mansor Al Maturidi Romli.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADUN