Abai kebersihan, kilang kicap diarah tutup 14 hari, kompaun RM100

Admin

Oleh : S. HEMAWATHI

GEORGE TOWN – Sebuah kilang kicap diarah menghentikan operasi selama 14 hari (8 April hingga 22 April lalu) gara-gara kotor serta tidak menepati piawaian pengendalian sepatutnya di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, kilang tersebut turut dikenakan kompaun RM100, selepas operasi pemeriksaan bersepadu yang turut membabitkan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Saya menerima aduan daripada penduduk di Jalan C.Y. Choy kerana tidak tahan dengan pelepasan asap tebal dari premis berkenaan.

“Malah, ada yang mengalami masalah pernafasan akibat pelepasan asap,” katanya kepada pemberita selepas operasi di premis komersial itu di sini.

Tambah Ah Teong, kicap soya, cuka serta sos beraneka jenis yang dihasilkan di premis tersebut turut didapati tidak melepasi standard penggredan kebersihan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

“Kami (MBPP) akan buat lawatan susulan ke premis berkenaan selepas tempoh penutupan berkaitan bagi memastikan kebersihan produk pengeluaran serta keselamatan penduduk sekitar terjamin,” ujarnya.

Tambah Ah Teong, kilang kicap yang berusia lebih 100 tahun itu turut didapati melepaskan asap tebal ke udara, tanpa struktur penapis asap.

if (document.currentScript) {