Bayar segera, elak harta disita

Admin

SEBERANG PERAI – Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan Lelongan Awam Harta Mudah Alih iaitu harta telah disita dari pembayar-pembayar cukai yang mempunyai tunggakan cukai taksiran atau pembayar-pembayar tidak mampu membuat pembayaran semula atau tuntutan ke atas harta yang telah disita oleh pihak berkenaan baru-baru ini.

ORANG ramai meninjau sebahagian barangan yang dilelong oleh MPSP.
ORANG ramai meninjau sebahagian barangan yang dilelong oleh MPSP.

Lelongan awam yang diadakan pada 9 Mac lalu di ruang legar, ibu pejabat MPSP itu melibatkan pembelian harta yang terdiri daripada 34 barangan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk yang dijual dengan harga berpatutan.

Pihak MPSP telah berjaya memperoleh RM5,000 hasil daripada kesemua barangan yang telah dilelong pada hari tersebut. Bayaran hanya dibuat secara tunai dan dikeluarkan segera dari kawasan lelongan serta tidak boleh dikembalikan setelah dibeli.

Di samping itu, para pemilik premis perniagaan yang mempunyai tunggakan cukai adalah dinasihatkan untuk membuat bayaran segera sebelum tindakan penyitaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Senarai barangan yang dilelong :

TV Warna 29” TV Warna Panasonic 29” TV Warna Toshiba 21”
TV Warna Samsung 21” DVD Player Pioneer Hifi Sony & 2 Speaker
TV Warna Singer 21” TV LCD LG 32” TV Warna Pensonic 21”
TV Warna Singer 18” Mesin Basuh Samsung DVD Player Pasona
TV Warna SCT 21” TV Warna Sanyo 29” Mesin Basuh Pensonic
TV Warna Sharp 29” Hifi JVC TV Warna Hi-Tec 29”
DVD Player Ricson 29” Meja Stainless Steel DVD Player Sumitec
TV Warna MEC 29” TV Warna LG 21” TV Warna Mavic 29”
Ampifire Orange Peti Sejuk 1 pintu Hifi Sony (Mini) & 2 Speaker
DVD Player Hong Kong DVD Player Euruono Ampifire AV-868 INEC & 5 Speaker
TV Warna BOM 29” TV Warna Sharp 21”  
Mesin Basuh Nasional DVD Player Meganic