Cap In Pink Awareness Walk sebar mesej kesedaran kanser

Admin
c33cbd7d b4ae 4c44 badd 4431d407438d

GEORGE TOWN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen mempelawa orang ramai untuk menyertai acara jalan kaki Cap in Pink Awareness Walk dalam menyemai kesedaran mengenai kanser payudara.

5e677337 9cf0 4abb 98b8 8ab1a00153cc

Jelasnya, pada era moden, masih terdapat jurang perbezaan mengikut kawasan mengenai kesedaran kanser peringkat awal dan statistik pesakit yang sembuh.

“Di kawasan yang lebih dilengkapi fasiliti (kesihatan) sembilan daripada 10 pesakit kanser berjaya sembuh, manakala cuma lima daripada 10 pesakit kanser berjaya pulih.

“Jadi, ini adalah antara sebab inisiatif Cap in Pink Awareness membawa mesej bermanfaat bagi menutup jurang ini sambil menaikkan kesedaran, mendidikan dan kebolehcapaian kepada semua komuniti,” ujar beliau dalam sidang Cap in Pink Awareness di Komtar tengah hari tadi.

 

Hadir sama, Pengurus 1 Prudential Assurang Malaysia Wilayah Utara, Kev Chen; Timbalan Pengerusi Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Pulau Pinang, Khor Kai Shin; Koordinator Program National Cancer Society Malaysia, G. Permitha dan wakil Hopital Adventist.

2e30c008 5a53 4f41 9a83 d224bd7fa4b8

Difahamkan, acara tersebut akan mengambil tempat pada 5 Oktober (7 pagi hingga 11 pagi) ini di Gurney Bay.

“Justeru saya berharap sokongan orang ramai akan sudi turun padang menyertai Cap in Pink Awareness yang menyediakan pelbagai program kesedaran melawan kanser dan pengesanan awal penyakit ini,” katanya lagi.

Penyertaan boleh dilakukan melalui laman web https://howei.com/event_details/capinpinkwalkbreastcancerawarenesscampaign.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN