Larian keliling pulau 100km bakal jadi acara tahunan Kelab Olahraga UR

Admin
photo 2026 02 16 11 37 40
GEORGE TOWN – Kelab Olahraga Urban Runner (UR) Balik Pulau berjaya menamatkan larian mengelilingi pulau sejauh 100 kilometer (km) dalam tempoh 21 jam 27 minit pada 13 dan 14 Februari lalu.
Laluan larian tersebut merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk pesisir pantai, kawasan bandar serta perkampungan tradisional di sekitar pulau.
Menurut Presiden Kelab, Mohd. Aris Mohd. Tahir, larian berkonsepkan ‘Brotherhood’ itu bukan sekadar menguji ketahanan fizikal peserta, malah turut menekankan semangat kebersamaan, disiplin serta daya tahan mental sepanjang perjalanan mengelilingi pulau.
“Objektif utama program ini adalah untuk membina solidariti dalam kalangan komuniti larian, di samping mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi sukan ketahanan yang unik dan mencabar.
photo 2026 02 16 11 37 37 photo 2026 02 16 11 37 39
“Laluan ‘round island’ yang dipilih memberi peluang kepada peserta menikmati panorama negeri ini dari perspektif berbeza, bermula daripada kegelapan malam hingga ke sinar pagi.
“Program ini turut mendapat kerjasama sukarelawan tempatan yang membantu dari segi logistik, keselamatan dan sokongan moral di beberapa lokasi hentian,” ujarnya kepada Buletin Mutiara.
Acara yang berkolaborasi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya serta Hutan Ration itu dijangka dijadikan acara tahunan bermula tahun hadapan.
Gambar: KELAB OLAHRAGA UR BALIK PULAU