[email protected] bantu perkasakan komuniti gelandangan

Admin
whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.44

GEORGE TOWN – Pelajar tahun kedua dari Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan program komuniti berimpak tinggi, “Comm@Love In Transit” ([email protected]) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

 

Program yang berlangsung di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP) itu bertujuan memperkasakan komuniti gelandangan melalui bengkel berasaskan kemahiran, pendidikan alam sekitar dan pemerkasaan sosial.

 

Penasihat Program [email protected], Profesor Dr. Jamilah Ahmad ketika ditemui berkata bahawa melalui program tersebut, mahasiswa berpeluang mempraktikkan nilai empati dan kemahiran insaniah sambil memberi manfaat langsung kepada golongan gelandangan.

 

whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.03 (2)
PROFESOR Dr. Jamilah Ahmad.

“Projek ini menampilkan aktiviti seperti pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai, pertanian secara hidroponik, segmen makanan berkhasiat, sesi kebersihan dan penjagaan diri serta saringan hepatitis B.

 

“Semua aktiviti ini dirancang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya.

 

whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.03 (1)
SESI pembuatan sabun eko yang dikendalikan oleh Dr. Widad Fadhullah dan pelajar Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM.

 

Terdahulu, Pengerusi Rancangan Pascasiswazah Pusat Pengajian Komunikasi, Dr. Suriati Saad semasa merasmikan program tersebut turut menekankan kepentingan ilmu praktikal dan keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti.

 

Dalam pada itu, Pengarah Projek [email protected], Muhammad Al-Aiman Jabullahkhan berkata, program tersebut diharap dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan tanggungjawab sosial, sekali gus melahirkan generasi yang peka terhadap isu komuniti.

 

whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.04
DEMONSTRASI penanaman dengan teknik hidroponik.

 

“Semoga usaha kecil ini mampu memberi impak yang berpanjangan, bukan sahaja kepada warga PTGPP, tetapi juga kepada setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaannya,” tambah mereka.

 

whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.03
WARGA PTGPP membuat sandwic telur kentang dalam segmen “Simple Bites, Stronger Lives: Easy & Nutritious Cooking”.

 

Difahamkan, Seramai 60 peserta daripada PTGPP menyertai program tersebut yang turut mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi termasuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (Wilayah Utara), Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut Pulau Pinang, dan Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM.

 

 

Fasa kedua projek yang diketuai bersama oleh Ng Ee Joo itu akan diadakan pada 14 Jun 2025 melalui Hari Terbuka PTGPP, dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran hasil kreativiti peserta dan taklimat penjagaan kesihatan.

 

whatsapp image 2025 05 26 at 10.39.43
SARINGAN hepatitis B dilakukan oleh warga PTGPP.

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: PASUKAN MEDIA [email protected]