Dorongan gilap bakat muda bola sepak

Admin
SIM Tze Tzin (berdiri, lima dari kiri) dan Mohamad Shawal Ahmed (berdiri, enam dari kiri) menunjukkan tanda bagus selepas selesainya Majlis Penyampaian Sumbangan Kelengkapan Pakaian Sukan di Padang Bola Sepak Taman Sri Nibong di sini baru-baru ini.
SIM Tze Tzin (berdiri, lima dari kiri) dan Mohamad Shawal Ahmed (berdiri, enam dari kiri)
menunjukkan tanda bagus selepas selesainya Majlis Penyampaian Sumbangan Kelengkapan Pakaian Sukan di Padang Bola Sepak Taman Sri Nibong di sini baru-baru ini.

SEMANGAT… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin percaya dengan sokongan dan dorongan yang ditonjolkan terhadap bakat-bakat muda bola sepak, arena sukan bola sepak negara dapat digegarkan semula.

Beliau yang hadir memberi sumbangan kelengkapan pakaian sukan kepada 20 pemain muda bola sepak Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong (SKSN) di Padang Bola Sepak Taman Sri Nibong turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada pasukan tersebut. Turut hadir, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSN, Mohamad Shawal Ahmed.

Menurut Shawal, SKSN sudah lama tidak mempunyai pasukan bola sepak dan tahun 2012 menjadi titik tolak komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ingin melihat bakat-bakat anak muda tersebut bersinar dan digilap sepenuhnya.