Edisi khas : Hal ehwal agama terus dititikberatkan

Admin

PERUNTUKAN membina dan membaik pulih masjid serta surau turut disediakan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun.
PERUNTUKAN membina dan membaik pulih masjid serta surau turut disediakan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun.

 

KERAJAAN Berjiwa Rakyat telah membuktikan kepada warga Pulau Pinang dengan menggariskan beberapa visi dan misi yang jelas serta dasar-dasar yang bukan sahaja mampu menjana ekonomi dan pelaburan, membawa keharmonian berpolitik, malah dalam hal-hal keagamaan turut dititikberatkan.

Hal ini terbukti apabila pada tahun 2010, peruntukan urustadbir dalam hal ehwal agama Islam meningkat 100% iaitu dari RM12.5 juta pada 2008 (di bawah mantan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) ke RM24.3 juta. Kenaikkan peruntukan setiap tahun memberi gambaran yang jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam apa jua perkara.

Malah Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bagi pembinaan dan baik pulih masjid-masjid serta surau-surau sejak 2008 lagi. Dari tahun 2008 sehingga tahun 2010, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,208,495.71 untuk pembinaan dan baik pulih masjid dan surau di lima daerah utama di Pulau Pinang.

JUMLAH PERUNTUKAN MEMBINA DAN MEMBAIK PULIH MASJID DAN SURAU

TAHUN

MASJID

SURAU

2008

1,573,782.44

442,220.00

2009

1,236,318.02

549,291.70

2010

2,579,371.23

827,512.32

5,389,471.69

1,819,024.02

*Ringgit Malaysia (RM)

Sehingga April 2011, terdapat tiga buah masjid yang dibina turut menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri, iaitu Masjid Jamek Tasek Gelugor, Masjid Kampung Kota Aur, Penaga dan Masjid Kampung Lahar Kepar yang menelan belanja RM2.05 juta.

Selain pembinaan dan baik pulih masjid dan surau, Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif menambah elaun bulanan bilal dan siak sebanyak 80% mulai 1 Jun 2011. Seramai 322 bilal dan 378 siak bakal menikmati kenaikan elaun tersebut.

ELAUN BULANAN BILAL DAN SIAK DI PULAU PINANG

ASAL

KINI

BILAL

RM180.00

RM324.00

SIAK

RM200.00

RM360.00

*Mulai 1 Jun 2011

Usaha murni Kerajaan Negeri dalam hal ehwal agama ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Hasilnya, Pulau Pinang bukan sahaja mampu menangani masalah khatib-khatib yang tidak bertauliah malah dalam hal-hal yang berkaitan dengan sensitiviti Islam turut diberi perhatian penuh agar tidak wujud ruang konflik dan fitnah daripada pihak yang cemburu dengan niat murni Kerajaan Negeri.

KETUA Menteri (tiga dari kanan) hadir ketika menyampaikan sumbangan khas kepada guru-guru KAFA daerah Seberang Perai Selatan di sini.
KETUA Menteri (tiga dari kanan) hadir ketika menyampaikan sumbangan khas kepada guru-guru KAFA daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Selain itu, guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardhu ‘Ain) turut diberi penghargaan apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM900,000 setahun bagi membiayai kenaikan elaun bulan kepada lebih 1,480 guru-guru KAFA seluruh Pulau Pinang. Malah Kerajaan Negeri turut memberi sumbangan penghargaan berjumlah RM250.00 seorang sempena menyambut Aidilfitri, RM100.00 seorang sempena sambutan Maulidur Rasul dan sejumlah RM100.00 seorang sempena sambutan Maal Hijrah. Guru-guru takmir dan para huffaz turut tidak dilupakan dan terus diberi penghargaan oleh Kerajaan Negeri atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.

SEBAHAGIAN guru-guru takmir yang menerima sumbangan penghargaan Kerajaan Negeri.
SEBAHAGIAN guru-guru takmir yang menerima sumbangan penghargaan Kerajaan Negeri.

Bukan sahaja golongan ulama dan pendidik mendapat inisiatif, malah Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan ilmiah sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz di Pulau Pinang dengan menyediakan peruntukan khas pembangunan pendidikan berjumlah RM1.85 juta setahun. Malah dalam Belanjawan 2011, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM63.21 juta bagi pembangunan dan perkembangan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.