Exco muda tekad perkasakan belia, sukan dan aspek kesihatan

DANIEL GOOI ZI SEN bukanlah nama baru dalam arena politik di Pulau Pinang setelah dua kali diberi peluang untuk bertading atas tiket Pakatan Harapan (PH) bagi kerusiDewan Undangan Negeri (DUN).

 

 

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) lalu, beliau diberi mandat oleh penduduk Padang Lalang, Bukit Mertajam yang juga kampung halamannya untuk menabur bakti.

 

 

 

Selepas memenangi kerusi DUN Padang Lalang, beliau telahdilantik untuk menganggotai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) bagi portfolio Belia, Sukan dan Kesihatan.

 

 

Wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLIdan jurugambar, SIEW CHIA EN sempat meluangkan masa menemu ramah antara Exco muda yang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut dalam penggal ini.

 

 

Walaupun ayahnya berasal dari Balik Pulau, Zi Sen mendapatpendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jit Sin, Bukit Mertajam termasuk menghabiskan masa banyak di sana.

 

 

“Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah(UMS) dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan menjadi pelatih industri di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Penang Global Tourism (PGT).

 

 

“Peluang di situ saya gunakan untuk bekerja di pejabatmantan Exco Pelancongan pada ketika itu (Dato’ Danny Law Heng Kiang) sebagai Pegawai Seranta dan menghabiskan banyak masa di kawasan (Batu Lancang),” katanya membuka bicara.

 

 

Cabaran portfolio

 

Memegang portfolio Belia dan Sukan bukanlah perkarabaharu bagi Zi Sen kerana sebelum ini, beliau juga adalah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan bagi MMK Belia dan Sukan di bawah pimpinan Soon Lip Chee (mantan Exco Belia dan Sukan).

 

“Selain itu, saya juga adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi pasukan bola sepak Penang FC serta terlibat dalam beberapa acara sukan yang lain.

 

 

“Saya juga telah menerima taklimat daripada Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) mengenai pelan-pelan pembangunan belia di negeri ini,” ujar mantan ADUN Pengkalan Kota itu bagi penggal 2018 hingga 2023.

 

 

 

Dalam pada itu, Zi Sen turut melihat bidang kesihatan adalahportfolio yang mencabar baginya.

 

 

 

“Ini kerana saya tidak pernah didedahkan tentang perkara inisecara khusus dan formal, namun bersyukur kerana Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memberi kerjasama yang baik.

 

 

 

“JKNPP juga telah mengadakan kunjungan hormat baru-baru  ini dan memberi taklimat beberapa perkara termasuk status terkini perubatan di Pulau Pinang dan sebagainya.

 

 

 

“Banyak cabaran yang kita lihat dan perlu buat seperti dasar dilaksanakan pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi penyampaian dan mengekang persepsi orang ramai terhadap cabaran kesihatan awam,” ujarnya.

 

 

 

Sebagai permulaan, Zi Sen mahu memperluaskan penyampaian mengenai Skim PEKA B40 yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan B40.

 

 

 

“Jangan terkejut kerana masih ada rakyat kita yang tidak tahumengenai skim ini, jadi tugas Kerajaan Negeri perlu pastikan manfaat skim ini sampai kepada golongan sasar.

 

 

 

“PEKA B40 di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan inimemperuntukkan perkhidmatan perubatan percuma kepadagolongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.

 

 

 

“Ini juga menjadi ‘serampang dua mata’ dalam mengurangkan kesesakan di hospital mahupun pusat kesihatan milik penuhKerajaan,” ulasnya.

 

 

Popularkan #untuksukankita

 

Zi Sen sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Lip Chee yang disifatkan telah menjalankan tugas dengancemerlang dan dedikasi pada penggal lalu.

 

 

Ulas beliau, cabaran kepada pembangunan belia sudah pastinya akan berbeza-beza mengikut keadaan masa ekoran kepesatan teknologi.

 

“Belia sekarang dan 10 tahun lepas pun sudah banyakperbezaan, sekarang ‘social group’ semakin mengecil dan perlu lebih kefahaman kepada kehendak mereka.

 

 

 

“Perlu cari minat mereka secara terperinci, capai matlamat yang mereka inginkan seterusnya jadikan belia sebagai agen dalam memajukan negeri berdasarkan karier mereka,” kongsinya.

 

 

 

Zi Sen menyatakan hasrat untuk memperkenalkan #untuksukankita sebagai tanda pagar baharu bagi memperkasakan lagi sukan di negeri ini.

 

 

 

“Terlalu awal untuk bercakap secara menyeluruh, namunsecara ringkasnya, dalam pembangunan sukan secara asasnya kita mahu libatkan semua kaum termasuk menekankan pencarian bakat-bakat baru dan menyemai minat sebelum diangkat sebagai bakat baru.

 

 

 

“Tanda pagar #untuksukankita juga akan memperkasakan‘sukan-sukan harian’ seperti mendaki, berlari, yoga dan zumba yang mudah untuk dilakukan, ‘easy entry’, tidak terlalu memerlukan kemahiran tinggi.

 

 

 

“Ini kerana dari segi kos pun ia lebih berpatutan dan terbukakepada semua, sebab kita mahu rakyat negeri ini aktif dengan aktiviti sukan,” jelasnya lanjut.

 

 

 

 

Pengalaman manis

 

Selepas satu penggal berkhidmat sebagai ADUN bagikawasan Pengkalan Kota, Zi Sen mengakui itu antara pengalaman manisnya sejak terjun ke arena politik bermula ketika beliau menjalani latihan industri.

 

 

 

“Sehinggakan pengundi kawasan tersebut ada yang sedih dan minta saya terus berkhidmat di situ, tetapi apakan daya ini keputusan parti, sebagai ahli politik memang perlu terimakeputusan-keputusan seperti ini.

 

 

“Pengundi Pengkalan Kota masih dekat di hati saya dan sayapercaya ADUN baharu di situ, mampu menggalas tugas dengan baik, sama juga dengan saya mahu berikan perkhidmatan terbaik di Padang Lalang,” katanya menutup bicara.