Galeri Guar Kepah bakal rancakkan pelancongan Penaga

Admin
TIMBALAN Ketua Menteri I, Mansor O t h m a n ( k i r i sekali) mendengar penjelasan daripada wakil penyelidik arkeologi Pusat P e n y e l i d i k a n Arkeologi Global, USM ketika lawatan beliau ke tapak prasej arah Guar Kepah di sini barubaru ini. (Gambar fail mansorothman. blogspot).
TIMBALAN Ketua
Menteri I, Mansor
O t h m a n ( k i r i
sekali) mendengar
penjelasan daripada
wakil penyelidik
arkeologi Pusat
P e n y e l i d i k a n
Arkeologi Global,
USM ketika lawatan
beliau ke tapak
prasej arah Guar
Kepah di sini barubaru
ini. (Gambar
fail mansorothman.
blogspot).

PENAGAPegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain mengajak penduduk Penaga untuk sama-sama menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam merancakkan sektor pelancongan dan warisan di Pulau Pinang terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Seruan tersebut adalah ekoran penemuan sekumpulan penyelidik arkeologi dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Univesiti Sains Malaysia (USM) yang juga telah menjalankan kajian semula ke atas tapak penempatan prasejarah di kawasan tersebut yang ditemui oleh seorang pengkaji Inggeris G.W. Earl (1860).

Menurut Rosidi, ekoran penemuan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.8 juta bagi mewujudkan sebuah Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah di Lot 3471, Mukim 2, di sini.

“Alhamdulillah, kelak penduduk Penaga mendapat manfaat dari pembinaan galeri tersebut.

“Mereka (penduduk Penaga) bukan sahaja boleh merancakkan perniagaan mereka, malah, juga dapat mempromosikan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan kini,” ujar beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, pembinaan galeri tersebut juga bakal menjadi pakej pelancongan yang menarik dan merancakkan lagi status Bandar Warisan Dunia – George Town.