Golongan terpilih sekitar Tanjong terima sumbangan zakat

Admin

SERAMAI 250 penerima terdiri daripada asnaf miskin, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal sekitar Parlimen Tanjong menerima sumbangan zakat daripada Persatuan Muslim Dato Koyah (PMDK) bersama-sama Maliia Bakery (M) Sdn. Bhd. (Maliia Bakery) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

 

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, di pekarangan premis Maliia Bakery dekat Jalan Transfer tadi.

 

Pengerusi PMDK, Noordin Kowther ketika ditemui berkata, saban tahun menjelang Hari Nuzul Al-Quran, pihak persatuan akan bekerjasama dengan Maliia Bakery dan ZPP bagi menyampaikan sumbangan zakat sempena sambutan Aidilfitri kepada yang memerlukan.

 

“Tahun ini merupakan tahun ke-12, pihak persatuan menyampaikan sumbangan zakat yang berupakan produk makanan harian, duit raya dan juadah berbuka puasa kepada penerima yang layak di sekitar kawasan (Parlimen) Tanjong,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kesudian meluangkan masa menyampaikan sumbangan.

KETUA Menteri menyempurnakan penyampaian sumbangan zakat kepada golongan asnaf terpilih dekat sini, tadi.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar & Video : LAW SUUN TING