HPPN iktiraf peladang, penternak dan nelayan majukan ekonomi

Admin
4f6036c3 7a94 4357 b6cd 01418d04defe

GEORGE TOWN – Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol mempelawa orang ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 (HPPN 2025) pada 25,26 dan 27 Julai ini.

Katanya, HPPN 2025 akan mengambil tempat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Seberang Perai, dekar Jalan Paya Keladi, Pinang Tunggal.

“Antara tarikan HPPN 2025 adalah ‘petting zoo’, pameran lembu ‘sado’ oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dan pameran penyu turut menanti pengunjung.

“Pelaksanaan HPPN 2025 merupakan satu inisiatif strategik bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk agro asas tani, hasil ternakan dan perikanan tempatan, khususnya produk beridentiti Pulau Pinang, dengan menekankan penggunaan teknologi moden serta amalan pertanian pintar dalam pengeluaran dan pemprosesan produk.

“Penganjuran HPPN 2025 bukanlah suatu yang baharu di Pulau Pinang, malah ia telah menjadi acara tahunan yang signifikan, menarik kehadiran pelawat tempatan dan luar negeri, serta menyumbang kepada pembangunan agropelancongan negeri,” ujar Fahmi dalam satu sidang media di Komtar tengah hari tadi.

4f473609 d2fe 4f22 b5a3 086d66d9cdd2

Turut hadir, Pengarah Jabatan Vererinar Pilau Pinang, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, antara objektif HPPN 2025 adalah mengiktiraf dan menghargai sumbangan signifikan para peladang, penternak dan nelayan dalam memajukan sektor pertanian serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Antara objektif lain adalah menyediakan platform untuk perkongsian ilmu, teknologi, dan inovasi dalam sektor agromakanan, dengan penekanan kepada peningkatan kapasiti dan daya saing industri.

“Ini termasuk mempromosikan hasil pertanian tempatan serta produk agropelancongan serta mengeratkan kerjasama antara pihak berkepentingan, agensi kerajaan, bersama komuniti tempatan bagi merancang dan melaksanakan inisiatif  pembangunan mampan.

“Lebih daripada itu, ia memberikan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan melalui bimbingan dan sokongan dari jabatan serta agensi berkaitan dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan pertanian,” ulasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak.


img 1414Sempena HPPN, acara larian Bendang Run 5 kilometer secara kompetitif juga akan diadakan, peserta berminat boleh imbas kod QR pada poster tertera.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI