GEORGE TOWN – Kampung Melayu Lama Air Itam telah dicalonkan sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata pencalonan kampung tersebut kini dalam proses mendapatkan persetujuan daripada pemilik dan Pihak Berkuasa Negeri sebelum tindakan selanjutnya diambil oleh Jabatan Warisan Negara bagi tujuan pewartaan rasmi.
“Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara dan melindungi tapak-tapak warisan bersejarah serta kampung tradisional sebagai sebahagian daripada identiti budaya dan sejarah Pulau Pinang,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong.
Respons tersebut sebagai menjawab soalan lisan daripada ADUN Teluk Bahang, Muhamad Kasim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 dekay sini pada 14 November 2025.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN