Kelab permotoran kongsi rezeki bersama penjawat awam

KEBERKATAN RAMADAN… Kelab Permotoran Satu Hati Malaysia mengambil kesempatan sempena Ramadan yang masih berbaki kira-kira 13 hari untuk melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk dan Telur Masin di Komtar.

Disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, agihan turut disertai Pegawai Undang-undang Kerajaan Negeri, Dato’ Norazmi Mohd. Narawi dan Presiden Kelab Permotoran Satu Hati Malaysia, Annuar Abu Hassan.

Sebanyak 250 bungkusan bubur lambuk dan telur masin diagihkan kepada para penjawat awam di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri ini bagi berkongsi rezeki sempena bulan mulia.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS