Ketua Menteri harap MKN pertimbangkan rumusan, laporan penilaian risiko JKNPP

Admin
KETUA Menteri

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berharap sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan pengurusan COVID-19 yang dijadualkan 2.30 petang ini akan mempertimbang segala rumusan dan pelaporan penilaian risiko semasa yang telah ditemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah mengemukakan hasil penilaian risiko dan membuat rumusan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan kedudukan Pulau Pinang.

“Kita percaya laporan penilaian risiko dan rumusan yang telahpun dibuat oleh JKNPP akan pertimbangkan oleh MKN pada mesyuarat petang ini,” responsnya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Menjawab soalan berkaitan selepas itu, ketika ditanya sebab jumlah penerima vaksin di bahagian Seberang Perai adalah lebih tinggi berbanding bahagian pulau, Kon Yeow menjelaskan bahawa ia adalah disebabkan kapasiti dewan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ketiga-tiga daerah dekat Seberang Perai mempunyai PPV berbanding bahagian pulau (hanya ada dua PPV).

“Sehingga 2 Mei, jumlah penerima vaksin di Daerah Seberang Perai Utara adalah seramai 4,924 orang, diikuti, Seberang Perai Selatan (4,138), Timur Laut (3,421), Seberang Perai Tengah (3,263), dan Barat Daya (1,500).

“PPV Timur Laut dekat Kompleks Masyarakat Penyayang boleh menampung kapasiti harian seramai 800 orang, diikuti PPV Barat Daya dekat Kompleks Sukan Balik Pulau (600), PPV Seberang Perai Utara dekat Dewan Millenium (1,200), PPV Seberang Perai Tengah dekat SP Arena (800) dan PPV Seberang Perai Selatan dekat Dewan Jawi (1,200),’’ ulasnya lanjut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : ALISSALA THIAN