Ketua Menteri terima kunjungan hormat Pengarah JPJ Pulau Pinang

GEORGE TOWN- Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md. Isa di pejabatnya pagi tadi.

 

 

Antara isu yang diketengahkan pada pertemuan berkaitan adalah isu-isu melibatkan parkir kenderaan komersial, perkhidmatan JPJ serta laluan masuk ke pejabat JPJ Cawangan Batu Uban.

 

 

Turut hadir, Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Shahrul Azhari Mat Dali; Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat, Shahrul Harun; Ketua Seksyen Operasi, Mohd. Nasron Aliyasak dan Pegawai Perhubungan Awam, Abdul Malik Abdul Razak.

 

Adenan yang berkelulusan dalam Sarjana Sains Pengurusan Maklumat telah mula bertugas sejak 3 Februari 2020 dan telah berkhidmat di bawah agensi penguatkuasaan berkaitan sejak tahun 1992. Penempatan kini merupakan kali kedua di negeri Pulau Pinang.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS