KM terima kunjungan hormat Duta Besar Vietnam

KUNJUNGAN RASMI… Duta Besar Vietnam ke Malaysia, Pham Cao Phong baru-baru ini meluangkan masa mengadakan kunjungan rasmi terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon turut hadir menyambut delegasi berkenaan.

Cao Phong meluangkan masa hampir 20 minit bertukar-tukar pelbagai perspektif pandangan bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Perbincangan tertutup tersebut antara lainnya membincangkan perkongsian peluang antara kedua-dua pihak.