Kon Yeow harap eBazar Ramadan MBSP jadi pusat sehenti dalam talian

Admin

 

SEBERANG JAYA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini merasmikan acara pelancaran portal khas ‘eBazar Ramadan’ demi memudahkan urusan jual-beli secara dalam talian bagi sepanjang bulan Ramadan serta pada musim perayaan Aidilfitri nanti.

Ketika berucap, beliau berharap portal https://www.mbsp.gov.my/ebazar/ menjadi pusat sehenti secara dalam talian demi memudahkan aktiviti jual beli ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Portal eBazar Ramadan boleh dibaratkan seperti ‘one stop center’ atau pusat sehenti bagi penjaja di Seberang Perai.

“Hanya dengan satu paparan, para pembeli boleh memperoleh senarai nama restoran atau menu makanan yang diidamkan tanpa perlu keluar rumah sebagai pematuhan kepada PKP,” jelasnya dalam sidang media di Menara Bandaraya MBSP dekat Bandar Perda dekat sini pada 14 Mac 2020.

Bercakap pada majlis sama, Datuk Bandar MBPS, Dato’ Sr. Rozali Mohamud memberitahu bahawa inisiatif tersebut adalah selaras dengan hasrat pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan iaitu ‘tidak mahu mana-mana pihak tercicir di belakang’, ketika semua pihak saling berganding bahu demi melawan COVID-19.

“Portal eBazar Ramadan akan mengumpulkan laman web, portal, Facebook dan WhatsApp di seluruh Seberang Perai yang menyediakan produk makanan atau bukan makanan seperti pakaian, kasut, barangan runcit serta kuih muih keperluan hari raya. Pemunya laman web, portal, FB, WhatsApp hendaklah mendaftar dengan klik pada pendaftaran (dapat nama dari fikri) dalam ruang eBazar Ramadan MBSP.

“Pemunya portal, laman web, FB, WhatsApp yang berjaya akan dipaparkan ke dalam e-Katalog Bazar Ramadan MBSP yang menjadi pusat interaksi dengan pembeli.

“Pembeli hanya perlu memilih portal, lawan web, Facebook, WhatsApp kegemaran mereka untuk memesan juadah atau barangan yang diingini, dan peniaga akan mengaturkan khidmat penghantaran pesanan.

“Jika peniaga tidak menyediakan khidmat penghantaran, pembeli boleh memilih khidmat penghantaran yang juga disediakan dalam e-catalog ini,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Rozali memberitahu bahawa MBSP turut saling bekerjasama dengan GrabFood untuk memudahkan lagi aktiviti jual beli secara dalam talian.

Justeru, menurut beliau, aktiviti jualan dalam kawasan berpagar atau bangunan sahaja dibenarkan sebagai pusat pengumpulan (collection centre) dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam, dengan mematuhi semua syarat-syarat PKP.

“Collection centre di tepi jalan tidak dibenarkan.

“Collection centre hendaklah mengikut konsep berikut iaitu pra tempahan (pre order) melalui atas talian (online) yang disediakan oleh penganjur collection centre;

“(Kemudian,) dropship iaitu peniaga hanya mengambil pesanan pelanggan secara atas talian (online), dan menghantar pesanan ke collection point…peniaga tidak dibenarkan berniaga di dalam kawasan collection centre.

“(Seterusnya,) penghantaran yang disediakan oleh penganjur atau sedia ada seperti Food Panda, Grab Food dan lain-lain ,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Rozali turut mengumumkan GrabFood telah bersetuju memberi komisen diskaun istimewa iaitu 20 peratus daripada jualan (kadar normal adalah sehingga 35 peratus) kerana ini adalah projek rakyat (dan) MBSP,” katanya.

Terdahulu, Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) mengumumkan pembatalan semua penganjuran bazar Ramadan demi memastikan usaha memutuskan semua rantaian perebakan wabak COVID-19 tidak mengambil tempoh yang lebih lama untuk berjaya dicapai di negeri ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : DARWINA MOHD. DAUD