Kon Yeow rakam penghargaan atas khidmat Dato’ Ghazali Derahman

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan hormat tanda perpisahan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan), Dato’ Ghazali Derahman di pejabatnya dekat Komtar.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan) yang baru, Mohd. Ali Sebran turut menyertai majlis kunjungan hormat itu.

Dalam pertemuan itu, Kon Yeow merakamkan penghargaan atas bakti Ghazali berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama ini.

Beliau turut berharap Mohd. Ali dapat terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri, selain mengurangkan birokrasi pengurusan terutama apabila membabitkan rakyat terbanyak.

Olehb : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD