Kontinjen SOPMA Pulau Pinang diharap mampu lakar kejayaan – Exco

img 4101

GEORGE TOWN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berharap kontinjen Pulau Pinang yang akan bertanding pada temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Kali Ke-22 Sarawak Oktober nanti mampu membawa pulang kejayaan.

Menurutnya, beliau percaya usaha keras, latihan gigh serta disiplin dalam menjalani latihan oleh atlet-atlet SOPMA Pulau Pinang mampu diterjemahkan melalui kilauan pingat.

“Pada temasya SOPMA XXII Sarawak yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Oktober ini, seramai 44 orang yang terdiri daripada atlet, jurulatih, pegawai dan fisioterapi akan mewakili kontinjen Pulau Pinang.

“Saya percaya usaha gigih anda semua menjalani latihan kelak mampu membawa pulang kejayaan dan pingat dalam mengharumkan nama negeri.

“Adalah diharapkan para atlet dan pegawai dapat menjaga kesihatan dan berusaha sehabis baik untuk SOPMA kali ini, ingatlah, penyertaan anda bukan sahaja untuk meraih pingat, bahkan membuktikan kemampuan komuniti pekak di pentas sukan kebangsaan,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pulau Pinang ke SOPMA XXII Sarawak di Auditorium F, Komtar tengah hari tadi.

img 4107

Difahamkan lima acara akan dipertandingkan pada temasya SOPMA kali ini iaitu futsal, olahraga, badminton, boling dan orienteering.

Hadir sama, Penngarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) Harry Chai Heng Hua dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Pulau Pinang, Kung Tze Zern.

Text & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI