Larian Menara MPSP kembali!

Oleh : DARWINA MOHD. DAUD
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

BUKIT MERTAJAM – Larian Menara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2015 bakal diadakan paada 16 Ogos ini di Menara MPSP di sini.

Yang di-Pertuanya , Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, pada tahun ini, MPSP mensasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta bagi acara tahunan berkaitan.

“Cabaran pertandingan adalah membabitkan ‘panjatan’ pada jarak 7 kilometer iaitu 412 anak tangga.

“Sebanyak RM4,350 hadiah wang tunai ditawarkan bagi semua enam kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak Lelaki, Kanak-kanak Perempuan, Terbuka Lelaki, Terbuka Perempuan, Veteran Lelaki dan Veteran Perempuan,” katanya pada sidang media pengumuman penganjuran berkaitan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Ahli Majlis MPSP, Loh Boo Phuat.

Maimunah memberitahu, yuran penyertaan untuk semua kategori adalah antara RM25 – RM30 dan percuma untuk pengamal media.

Dalam pada itu, Pengerusi pengelola larian, Shawn Ng berkata, pihaknya telah membuka lima lokasi pendaftaran iaitu di Kaunter Berpusat MPSP (Ibu Pejabat MPSP), Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit di Kampung Baru), Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya, Pusat Khidmat ADUN Komtar dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjung (Jalan Anson, George Town) bagi kemudahan orang ramai.

“Pendaftaran secara online juga boleh dibuat di www.event. howei.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Ogos ini.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011 – 107 08939 atau 012 – 440 1398,’’ jelas beliau.

if (document.currentScript) {