Longkang berlubang undang bahaya awam

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GELUGOR – Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang tergamak mencuri besi penutup longkang di sekitar kawasan perumahan di sini telah mengundang bahaya terhadap keselamatan orang awam terutamanya kanak-kanak yang melalui lokasi-lokasi berkenaan.

 Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, ekoran sikap vandalisma yang dianggap mementingkan diri itu, ia secara tidak langsung menyebabkan masyarakat awam berisiko tinggi ditimpa kemalangan.

Jelas beliau, adalah tidak dinafikan bahawa peningkatan kes jenayah terbabit adalah ekoran harga besi yang tinggi di pasaran.

MPPP selaku pihak berkuasa tempatan bagaimanapun tidak mempunyai kuasa dan autoriti terhadap penutup besi yang terletak di jalan luar daripada kawasan bandar.

Apa yang mampu kami (MPPP) lakukan adalah menulis surat dan merujuk perkara tersebut kepada pengetahuan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar tindakan segera diambil,” ujarnya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Iszuree menegaskan bahawa, sekiranya didapati pemilik kedai barangan terpakai membeli harta Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, mereka (pemilik kedai barangan terpakai) bakal berhadapan dengan penarikan semula lesen dan barangan tersebut bakal dirampas atas kesalahan memiliki harta kerajaan.

SEORANG kanak-kanak menunjukkan keadaan longkang yang berlubang akibat kes kecurian besi penutup longkang yang kian berleluasa di sini.
SEORANG kanak-kanak menunjukkan keadaan longkang yang berlubang akibat kes kecurian besi penutup longkang yang kian berleluasa di sini.