BAGAN DALAM – Beberapa jalan di Taman Bagan kini siap diturap dengan kos RM200,000 bagi memberikan keselesaan kepada penduduk setempat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, K. Kumaran kos projek tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
“Projek ini sudah dimulakan minggu lepas, tetapi kalau kita tengok skop dan lokasi, ada enam jalan, cuma satu jalan iaitu Jalan Bagan 1, jika ada ebihan (peruntukan) nanti, MBSP akan turap.
“Saya berharap dengan pelaksanaan projek ini, jalan-jalan di kawasan taman ini akan dinaik taraf untuk keselesaan penduduk-penduduk di Taman Bagan,” ujar Kumaran kepada pemberita dalam satu lawatan tapak di sini pagi tadi.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; ADUN Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen; Senator Dr. A. Lingeshwaran dan Penolong Jurutera Kanan MBSP, K. Kalaivani.
Guan Eng dalam pada itu berharap agar baki turapan untuk Jalan Bagan 1 dapat disiapkan sebelum hujung tahun ni yang mana akan melibatkan peruntukan RM32,000.