Menu sirip ikan yu kini dilarang dalam majlis Kerajaan Negeri

Oleh : Z AINUL FAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menyokong dasar larangan menghidangkan makanan berasaskan sirip ikan yu dalam majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, langkah itu wajar memandangkan ikan yu kIan pupus disebabkan pemburuan melampau serta permintaan makanan eksotik tersebut yang kian meningkat.

“Kerajaan Negeri terpanggil untuk memulakan langkan ini sebagai usaha mengurangkan tekanan terhadap permintaan sirip ikan yu,” jelasnya pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, ikan yu yang merupakan spesies ikan lautan tertua iaitu sejak 450 juta tahun lampau. Ia merupakan spesies keystone dalam jaringan makanan di laut.

“Sekiranya ia (ikan yu) mengalami kepupusan, maka keseluruhan jaringan makanan sedia ada akan lumpuh dan tergugat,” jelas Boon Poh.

Tambahnya, Kerajaan Negeri sedang mempertimbang syor untuk luaskan amalan aku janji peringkat hotel – hotel serta restoran di negeri ini, demi merealisasikan misi Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.

“Tangkapan menggunakan kaedah shark finning, iaitu potong satu sirip dorsal, dua sirip pectoral dan satu sirip kuadal dalam keadaan ikan yu masih hidup sebelum dilepaskan semula ke laut adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Kini, sebanyak 27 negara dan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kegiatan shark finning ini.

“Larangan seumpama ini telah berjaya mengurangkan kira-kira 30 peratus permintaan pada sirip ikan yu, yang sekaligus memberi impak besar kepada masyarakat dunia, termasuk di Pulau Pinang,” ujar beliau.

Pada sidang media sama, beberapa wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia – Malaysia (WWF Malaysia) merakamkan penghargaan atas komitmen Kerajaan Negeri menandatangani Aku Janji ‘Dasar Larangan Negeri Pulau Pinang Terhadap Penghidangan Makanan Yang Berasaskan Sirip Ikan Yu’ di sini.

if (document.currentScript) {