MPPP target rancangan bandar tersusun

Admin

 

GEORGE TOWNRancangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar yangterancang, moden dan mampan sedang dipergiatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sini.

Yang Dipertua MPPP, Ar. Patahiyah Ismail berkata, objektif perancangan tersebut dirancang untuk mewujudkan satu suasana kerja, bermain dan hidup dalam satu bandar yang sama.

“Contohnya seperti Mumbai, India di mana 33 peratus daripada penduduknya tinggal di kawasan setinggan . Sungguhpun begitu, mereka (penduduk Mumbai) sedang berusaha ke arah perancangan bandar yang lebih tersusun dan mampan menjelang 2015,’’ katanya pada ucaptama Majlis Tayangan Urbanized Documentary di sini baru-baru ini.

Tambah Patahiyah , perancangan bandar yang jitu bergantung kepada keupayaan menguruskan bandar dan juga memerlukan penyertaan aktif badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat.

“Jadi adakah ianya mustahil buat kita? Sekiranya 40 tahun lalu kira-kira 75 peratus daripada penduduk dunia tinggal di bandar, kini, ianya telah mencatatkan pengurangan kepada kira-kira 40 peratus sahaja.

“Untuk itu, kita (MPPP) perlu berusaha ke arah perancangan bandar yang lebih tersusun, sistematik, cekap, selamat, mampan dan moden di masa depan,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari.

AntArA visual dokumentari sebuah bandar tersusun lengkap dan moden yang dipertontonkan pada Majlis tayangan Urbanized Documentary di sini baru-baru ini.
Antara visual dokumentari sebuah bandar tersusun lengkap
dan moden yang dipertontonkan pada Majlis tayangan Urbanized
Documentary di sini baru-baru ini.