Naik peruntukan ADUN Kerajaan, penghargaan kepada pengundi

Admin

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng memohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan peruntukan kepada ADUN Kerajaan bagi Bajet Negeri Pulau Pinang 2024 dinaikkan RM500,000 kepada  RM800,000.

 

 

Katanya, peruntukan tersebut adalah untuk rakyat dan setara dengan negeri maju seperti Selangor.

 

 

“Memandangkan prestasi kewangan Kerajaan negeri dilapurkan mencapai prestasi baik, tidak ada sebab mengapa peruntukan ADUN Kerajaan tidak boleh ditambah demi memberikan menfaat yang lebih kepada rakyat.

 

 

 

“Tambahan peruntukan ini adalah wajar dan juga membalas budi dan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengundi kita kepada Kerajaan perpaduan.

 

 

“Sebagai negeri yang dianggap sama maju dengan Selangor tidak ada sebab kita kalah dari aspek peruntukan pembangunan kawasan,”  ujar Guan Eng pada sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-15 di sini petang tadi.

 

 

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu lagi, sekiranya ‘kalah’ kepada Selangor dari segi elaun dan ganjaran wakil rakyat tidak mengapa, namun peruntukan pembangunan dengan negeri yang setara maju haruslah sama.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN