Naik taraf surau DUN siap – Exco Agama

Admin

GEORGE TOWN – Surau Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang siap dinaiktaraf secara rasminya dibuka kepada semua pada hari pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ketiga Belas di sini baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim memberitahu, kos penarafan untuk surau lelaki dan perempuan DUN Pulau Pinang mencecah hampir RM100,000.

“Alhamdulillah, kerja-kerja naiktaraf surau untuk muslimin dan muslimat ini siap seperti yang dirancang dan secara rasminya dibuka pada hari ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Dato’ Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Bakap) dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya) turut menyertai majlis tersebut.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid dan Sr. Mohamad Farid Saad (ADUN Pulau Betong) pada mesyuarat DUN penggal lepas masing-masing membangkitkan isu keadaan surau sedia ada yang dikatakan sesak bercampur antara muslimin dan muslimat, terutama pada waktu puncak solat.

Malah, mereka mendakwa bahawa Kerajaan Pulau Pinang hari ini seakan tidak sensitif dengan keperluan umat Islam di negeri ini, khususnya di bangunan DUN tersebut.

Sambil menolak dakwaan tidak benar tersebut, Abdul Malik dalam reaksi spontan memberitahu bahawa pihaknya akan memastikan kerja-kerja penarafan surau DUN akan siap sebelum pembukaan mesyuarat penggal DUN akan datang.

“Selepas lima penggal YB Jahara menjadi ADUN Teluk Air Tawar (Jahara), masalah surau tidak pernah dibangkitkan, semalam dia bangkit dan hari ini kita (Kerajaan Negeri) buat keputusan,” tegas beliau pada sesi penggulungan di DUN Pulau Pinang sebelum ini.

Semasa itu, Abdul Malik memberitahu bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun dipanggil melakarkan pelan naiktaraf surau
yang baru dan kerja-kerja menaiktaraf surau sedia ada dijangka bermula pada bulan Februari tahun depan (2015).

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);