P. Pinang dahului kadar kitar semula nasional

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berusaha menghapuskan kelaparan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (FAO) menyatakan bahawa pembaziran jumlah makanan di seluruh dunia adalah menghampiri tahap kritikal, didorong oleh pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi yang tinggi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika mengulas kenyataan tersebut menyatakan bahawa di Malaysia, sebanyak 44 peratus daripada 33,000 tan sisa pepejal yang dihasilkan adalah sisa makanan.

“Berdasarkan perangkaan tersebut, bagi Semenanjung Malaysia, kadar sisa semasa yang dihasilkan menjelang 2020 mampu mengisi hampir 16 Menara Berkembar Petronas.

“Justeru, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengambil pendekatan khas bagi mengurangkan penghasilan sisa-sisa pepejal menerusi kempen tiada beg plastik di pusat membeli-belah, larangan penggunaan bekas makanan polisterin dan lain-lain.

“Impaknya, Pulau Pinang kini telah mencapai kadar kitar semula paling tinggi sebanyak 32 peratus, jauh melebihi sasaran nasional, 20 peratus menjelang tahun 2020,’’ ucapnya pada Majlis Perasmian Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah merangkap Pengerusi Penganjur Karnival Hijau 2015, Teh Yee Cheu, ADUN Komtar, Teh Lai Heng dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik.

Bertemakan, Kekalkan Makanan Kita, Makan Secara Bertanggungjawab, penganjuran tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti kesedaran, permainan, pertandingan, pameran, ceramah, perbincangan, pertanian akuakultur, pertanian organik, pertanian
perbandaran, pemakanan, kesihatan, diet karbon rendah, kelestarian rantaian makanan dan makanan modifikasi genetik.

Turut mencur i tumpuan adalah pertandingan akhir pengucapan awam Idola Hijau yang menampilkan barisan peserta dari lingkungan umur sembilan hingga 25 tahun bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM9,600.

FAO merupakan satu forum neutral setiap negara berunding dan berbahas tentang dasar-dasar.

FAO juga membantu negara-negara membangun memajukan perhutanan dan perikanan demi menjamin bekalan makanan yang berkhasiat kepada semua penduduk dunia.

if (document.currentScript) {