Penang FC ada lima baki perlawanan, optimis perbaiki kedudukan

a3ab315b fbf5 4d0b ab77 8c6e2c225f06 WAN Rohani Wan Ismail memberi ulasan mengenai mutu persembahan anak buahnya semasa menentang Kuching City FC di Stadium Bandaraya, George Town pada 14 Mac 2026.

GEORGE TOWN – Kekalahan 1-0 kepada pasukan pelawat, Kuching City FC di Stadium Bandaraya malam tadi meletakkan Skuad Harimau Kumbang dalam fasa mencabar bagi saingan Liga Super Malaysia musim 2025/2026.

Ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohani Wan Ismail berkata anak buahnya masih mempunyai lima baki perlawanan untuk bangkit jika mahu menamatkan saingan dalam kelompok pasukan atasan sebelum tirai liga berlabuh.

“Saya masih fokus untuk (Penang FC) berada dalam kelompok atasan kerana kami masih mempunyai lima baki perlawanan lagi.

“Kami perlu mengejar mata kemenangan kerana kami tidak jauh ketinggalan daripada pasukan di tangga keenam dalam Liga Super 2025/2026,” katanya kepada Buletin Mutiara.

6b7973ee f9f1 453e a269 7d98d70e28ec 9f59225a 18a6 4364 aa19 0b58ea6cb1f4Pergelutan di petak penalti Penang FC pada minit ke-39 perlawanan menyaksikan bola berjaya dikuis masuk oleh pemain Kuching City FC, Gabriel Nistelrooy Tamin ke gawang tuan rumah.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: MUHAMMAD IQBAL HAMDAN