Penang FC anjur kejohanan Piala Tuan Yang Terutama (TYT)

Admin

GEORGE TOWN – Penang Football Club (Penang FC) julung kalinya menganjurkan kejohanan bola sepak tiga penjuru iaitu Piala Tuan Yang Turutama (TYT).

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata kejohanan tersebut akan berlangsung dari 28 Jun sehingga 2 Julai 2022 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

“Penganjuran kejohanan ini adalah sempena menyambut ulang tahun pertama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT) dan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-73.

Jeffry Chew.

“Selain Penang FC, kejohanan ini bakal menampilkan dua lagi pasukan jemputan dari luar negara iaitu Muktijoddha Sangsad KC dari Liga Premier Bangladesh dan New Road Team (N.R.T) dari Liga Martyr’s Memorial A-Division (Nepal).

“Johan bagi pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 manakala naib johan pula sebanyak RM5,000,” katanya pada sidang media dekat Bangunan Dewan Undangan Negeri dekat sini pagi tadi.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausa Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus; Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew; barisan Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Dato’ Dr. Mohamad Farazi Johari dan Dato’ Norazmi Mohd. Narawi serta Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menter (CMI), S. Bharathi.

Lip Chee berkata, tiket turut dijual kepada penyokong yang berminat untuk hadir ke stadium dengan harga serendah RM10 sehingga RM40 bagi orang dewasa manakala kanak-kanak pula dari RM5 hingga RM20.

“Tiket bagi perlawanan-perlawanan Piala Tuan Yang Terutama (TYT) boleh dibeli secara dalam talian (online) dan juga secara fizikal di pejabat rasmi Penang FC,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

Tambahnya lagi, pengurusan Penang FC turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk memberikan tajaan bagi membantu menjayakan kejohanan tersebut.

“Penaja-penaja Penang FC juga turut dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan kehohanan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jeffry berkata bahawa perlawanan bagi kejohanan tersebut turut disiarkan secara langsung melalui saluran prabayar untuk peminat kedua-dua kelab jemputan di Bangladesh dan Nepal.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD